NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (NOTIS DATA PERIBADI)

Fresenius Medical Care Malaysia Sdn. Bhd. adalah tertakluk kepada prinsip perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai APDP) untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Terma-terma "data peribadi", "pemprosesan" dan "transaksi komersial" mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam APDP.

Notis Data Peribadi ini terpakai bagi mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh FME Malaysia dan syarikat-syarikat berkaitan.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bagaimana data peribadi anda diproses oleh dan bagi pihak FME Malaysia dan syarikat-syarikat berkaitan.

A) Sumber Data Peribadi

Data peribadi anda dikumpul daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang telah anda berikan kepada kami, maklumat daripada pihak ketiga dan maklumat dalam domain awam.

B) Jenis Data Peribadi

Data peribadi anda yang diproses oleh kami termasuk, mana-mana yang berkenaan:- nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, nama majikan/syarikat, alamat rumah dan pejabat, nombor telefon/telefon bimbit, nombor faks, alamat emel, pekerjaan, umur, jantina, status perkahwinan, berat, tinggi, gambar, bangsa, kerakyatan, agama, maklumat keluarga/keluarga terdekat, keputusan pemeriksaan perubatan, rekod perubatan, laporan perubatan, diagnosis, maklumat kesihatan, rekod jenayah, keputusan siasatan, maklumat insurans dan data peribadi lain yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan C) di bawah.

C) Tujuan Data Peribadi

Data peribadi anda diproses bagi tujuan-tujuan seperti berikut, mana-mana yang berkenaan:-

  1. Untuk perkhidmatan perubatan dan jagaan kesihatan
  2. Untuk membantu keperluan peribadi pesakit
  3. Untuk mewujudkan dan menguruskan rekod-rekod perubatan dan laporan-laporan perubatan
  4. Untuk membantu proses pembayaran berkaitan dengan pesakit-pesakit
  5. Untuk menjalankan prosiding terhadap penghutang bagi mendapatkan semula hutang
  6. Untuk melaporkan data peribadi kepada pihak berkuasa dan/atau pihak-pihak ketiga di bawah undang-undang yang berkaitan dengan industri jagaan kesihataan
  7. Untuk berkongsi data peribadi dengan FME Malaysia dan syarikat-syarikat berkaitan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 2016
  8. Untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan
  9. Untuk memasarkan dan mengiklankan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan
  10. Untuk mentadbir dan memberi maklumbalas mengenai permintaaan, pertanyaan, aduan dan isu-isu undang-undang
  11. Untuk membantu aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia berkaitan dengan pekerja-pekerja
  12. Untuk penghantaran dan pendaftaran borang-borang, lesen-lesen yang berkaitan kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dan/atau pihak-pihak ketiga di bawah undang-undang yang berkaitan dengan industri jagaan kesihataan
  13. Untuk berkongsi data peribadi bagi tujuan kemudahan perbankan, menandatangani dokumen-dokumen undang-undang dan perakaunan
  14. Bagi tujuan pembelian barangan, perkhidmatan sumber luar, pembangunan baru dan lain-lain
  15. Untuk tujuan pendidikan dan latihan
  16. Untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau berlanjutan daripada tujuan yang dinyatakan di atas.

D) Penzahiran Data Peribadi

Data peribadi anda dizahirkan kepada pihak-pihak berikut, mana-mana yang berkenaan:-

  1. Profesional jagaan kesihatan (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam APDP)
  2. FME Malaysia dan syarikat-syarikat berkaitan (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 2016)
  3. Agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi bukan kerajaan, penaja-penaja berkaitan
  4. Agen-agen pembayaran dan insurans
  5. Pihak-pihak dan agensi-agensi pemungut hutang
  6. Institut-institut perbankan
  7. Firma-firma guaman
  8. Auditor
  9. Vendor/Kontraktor
  10. Hospital-hospital swasta dan kerajaan yang lain
  11. Penyedia-penyedia jagaan kesihatan yang lain
  12. Penyedia-penyedia latihan
  13. Keluarga dan keluarga terdekat
  14. Kepada pihak-pihak lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, mahkamah, pengawal selia atau proses undang-undang yang memerlukan penzahiran
  15. Kepada pihak-pihak lain yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia
  16. Kepada mana-mana pihak yang mana FME Malaysia fikirkan perlu

E) Akses dan Kemaskini Data Peribadi

Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan agar data peribadi yang kami pegang mengenai anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi anda atau anda percaya bahawa data peribadi anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan tidak terkini, sila hubungi kami agar kami dapat mengambil langkah-langkah perlu untuk mengemaskini data peribadi anda.

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin memohon untuk mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Kami sarankan agar permohonan anda untuk mengakses data peribadi yang dipegang oleh FME Malaysia dibuat secara bertulis. Kami juga mungkin akan mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permohonan anda untuk mengakses data peribadi anda.

Selaras dengan APDP:-

i) Bergantung kepada maklumat yang dimohon, kami mungkin mengenakan bayaran selaras dengan Jadual Pertama (Peraturan 2) Peraturan-peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013 untuk memproses permohonan anda untuk mengakses data peribadi.

ii) Kami boleh menolak permohonan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan selaras dengan APDP.

F) Hubungi Kami

Sila hubungi kami dengan menggunakan cara-cara seperti di bawah jika anda ingin membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda:-

Untuk Perhatian: En Mohd Huzaifa Arriffin (Pegawai Perlindungan Data)

Alamat:

Fresenius Medical Care Malaysia Sdn Bhd
2nd Floor, Axis Technology Centre
Lot 13, Jalan 51A/225
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Alamat Email:

Huzaifa.Arriffin@fmc-asia.com